Social Items

Seni Bina Kerajaan Alam Melayu Keindahan Warisan Budaya

Seni Bina Kerajaan Alam Melayu Keindahan Warisan Budaya

ALOR GAJAH 1 Julai - Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Reka bentuknya yang begitu unik dan tidak berpaku menjadikan ia lain daripada yang lain.

Menariknya, rumah Melayu itu kerana ia mempunyai tangga batu utama di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Halaman rumah tradisional itu biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.

SENIBudaya title=SENI BINA WARISAN NEGARA ALAM MELAYU(ANGKOR WAT) Converted style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQxL6U0yqWKC-3qL_Rw_cIud95KEkXmQBGjgDSVUFDWKEeAPTPA4fI2VnOnToSCsbL5M2A&usqp=CAU'; />

Pelancong yang datang melawat negeri ini pasti terpukau dengan keindahan reka bentuk rumah warisan ini yang dijaga rapi dan ada sesetengah rumah tersebut di bawah penjagaan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Menelusuri Sejarah. Meluangkan Masa Di Sisi Budaya. Dataran Gwanghwamun Yang Dibuka Semula

Antara rumah-rumah yang mendapat sambutan ialah Rumah Tradisional Melayu Pondok Kempas, Bukit Godek dan Pengkalan Batu serta Rumahku Muziumku di Padang Temu.

Namun begitu, di sebalik penjagaan rapi rumah yang sudah popular di kalangan pelancong kini, masih terdapat rumah Melayu lama dibiarkan begitu sahaja.

Bagi sesetengah orang yang masih memelihara rumah warisan tersebut, mereka bukan sahaja memastikan reka bentuknya kekal malah turut menghiaskan laman rumah dengan pokok-pokok bunga.

Gamit Nostalgia Di Bandar Warisan

Rumah yang sudah wujud sejak 100 tahun lalu itu merupakan peninggalan keluarganya kepada Endon dan suami, Aziz Kesah, 75, dijaga sebaik mungkin sehingga kini.

Usaha pasangan suami isteri ini berbaloi apabila terpilih sebagai penerima tempat pertama johan dalam pertandingan Rumah Tradisional Halaman Cantik Negeri Melaka sebanyak sembilan kali berturut-turut.

Pengunjung tertarik dengan reka bentuk rumah yang mengekalkan seni bina tradisi selain halaman yang dipenuhi pelbagai jenis pokok, '' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Destinasi Warisan & Sejarah Di Negeri Selangor Wajib Singgah Sempena Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia

Menurut Endon, minatnya terhadap hiasan laman rumah muncul sejak 18 tahun lalu apabila dia mula mendapatkan pelbagai jenis pokok bunga daripada jiran-jiran dan saudara mara.

Pada mulanya, saya cuma mendapatkan pokok-pokok ini daripada jiran-jiran dan saudara. Saya tanam sedikit demi sedikit dan akhirnya menampakkan hasil apabila laman rumah kelihatan cantik dan kemas.

Saya tidak pernah berasa penat lakukan semua ini disebabkan minat. Saya kumpul duit hasil pemberian anak-anak dan saya lakukan aktiviti ini. Tenang melihat halaman rumah cantik dan bersih, kata Endon.

Cinta Sejarah Dan Budaya? Ini 5 Muzium Menarik Untuk Dikunjungi Di Seluruh Negara

Terdapat pelbagai barang terbuang yang diguna semula seperti tin yang digunakan untuk hiasan di pagar rumah, kelompang telur dicat pelbagai warna menghiasi pokok-pokok bunga di sekitar halaman rumah dan buah kelapa yang dijadikan pasu.

Menurut Endon, dia menggunakan barang-barang kitar semula sebagai salah satu penyeri lamannya dan juga bahan sokongan tanaman supaya tidak melingkar secara liar.

RUMAH tradisional Melayu, yang mewarnai industri pelancongan negeri Melaka, bukan sekadar membantu tarikan pelancong malah menjadi simbol kepakaran seni pertukangan masyarakat silam.

Pdf) Pelancongan Berasaskan Warisan Di Malaysia: Potensi Dan Cabaran

Ada yang menganggap seni binanya bukan sekadar kekuatan kreativiti tukangnya tetapi juga bersandarkan petua tertentu yang disesuaikan dengan faktor persekitaran, adat resam, kepercayaan dan penghayatan Islam.

Kebanyakan rumah tradisional di Melaka dibina menggunakan kayu yang terbaik dan terpilih dengan konsep rumah bertiang, berlantai tinggi dari tanah, berbumbung lipat kajang dan bertebar layar. Kayu yang sering digunakan ialah meranti, cengal, belian, resak, tembusu dan merang.

Antara rumah tradisional yang sering mencuri tumpuan pelancong ialah rumah warisan Demang Abdul Ghani Penghulu Abdul Majid, orang kaya yang berasal dari Palembang.

Kesusasteraan, Kebudayaan Dan Kesenian Melayu

Rumah berkenaan yang terletak di Kampung Merlimau Pantai dipercayai dibina pada tahun 1831 tanpa mengguna paku dan dilengkapi dengan ruang tamu, anjung, serambi, rumah ibu, bilik tidur, rumah tengah, rumah dapur serta loteng.

Sesuai dengan kedudukannya sebagai demang atau penghulu yang dianggap bertaraf seperti 'raja kecil' yang amat dihormati oleh masyarakat, rumah milik Demang Abdul Ghani turut berfungsi sebagai pusat pentadbiran kampung dan sering menjadi tempat perjumpaan masyarakat.

Saya membesar di rumah ini dan saya sempat berjumpa datuk saya iaitu Penghulu Mat Natar Abdul yang pernah mendiami rumah ini semasa hayatnya, katanya.

Warisan Seni Bina Dunia Melayu Rumah Rumah Tradisional

Menurutnya, kebanyakan pelancong asing dan tempatan yang melawat rumah ini mengakui mereka kagum dengan keunikan ukiran dan seni bina rumah warisan ini.

Selain itu, bahagian rumah ibu atau rumah tengah menjadi tempat pelbagai acara termasuk yang khusus untuk wanita dalam urusan adat seperti perkahwinan.

Menurut Jaafar, rumah yang berusia 90 tahun itu kini turut menjadi tumpuan kegiatan penggambaran drama televisyen. Antara pelakonpopular yang pernah berlakon di situ ialah Nora Danish dan Adi Putra.

SENIBINA

Warga Asing Bersemangat Bangunan Kebudayaan Tradisional Di Chennai India

Pastinya, ada perkara yang tidak boleh ditinggalkan apabila memperkatakan mengenai rumah tradisional di Melaka iaitu seni ukiran dan corak bunga di tangganya.

FALSAFAH reka bentuk rumah tradisi Melayu Melaka sememangnya sangat unik. Ia adalah garapan apresiasi pemiliknya terhadap budaya Melayu, keindahan alam dan kehidupan bermasyarakat yang diterjemahkan melalui ilham seni bina.

Justeru, identiti rumah Melayu Melaka begitu mudah dikenali. Bumbungnya panjang memayungi bahagian serambi rumah dan binaan tangga batunya pula seakan-akan wajib diberi kemasan jubin bermotif flora.

Nak Tengok Seni Binaan Asli Rumah Kayu Berusia 100 Tahun Di Kedah? Rumah Tok Su & Rumah Seri Banai Sedia Terima Kunjungan Anda

Kemewahan rumah yang diwarisi daripada datuknya, Hitam Buntal ini bukan dilihat pada perabot atau hiasan dalaman sebaliknya dinilai berdasarkan kehalusan ukiran dan seni binanya.

Mewah dengan ukiran kerawang jenis tebuk tembus dan tebuk timbul di keseluruhan serambi dan rumah ibu, ternyata ia melahirkan rasa kagum yang bukan sedikit.

Biarpun sudah didiami selama empat generasi, keunggulan seni binanya yang masih kukuh sekali gus membuktikan seni bina budaya Melayu suatu masa dahulu benar-benar berkualiti.

Seni Bina Dan Seni Halus: Warisan Melayu Sepanjang Zaman

Selain untuk tujuan hiasan, kepelbagaian ukiran berlubang di atas jendela, muka pintu dan dinding turut menggalakkan kemaskan udara dan cahaya ke dalam rumah.

Memetik kata-kata Penolong Pengurus Projek, Badan Warisan Malaysia, Intan Syaheeda Abu Bakar, ukiran penuh kerawang bukan sahaja dipandang sebagai aksesori tetapi turut menunjukkan status pemilik rumah.

Meneliti reka bentuk rumah yang berusia lebih seabad ini, identiti rustik, canggih dan bistari yang diserap melalui teknik pembinaannya nyata masih relevan untuk dipraktikkan dalam seni bina masa kini.

Haaa... Jangan Tak Tahu, Inilah 6 Seni Budaya Dan Warisan Di Malaysia!

“Jika ada yang bermalam di sini, kaum lelaki akan tidur beramai-ramai di serambi sementara anak dara akan berehat dan tidur di loteng atas rumah, ” ujar isteri Busu Dolah, Zainab Mat Yasin, 51.

Kampung Morten yang diambil sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris, Frederick Joseph Morten, mempunyai 85 buah rumah termasuk 52 rumah tradisional Melaka.

Mengenali

Kampung Morten merupakan satu-satunya kampung Melayu di bandar bersejarah Melaka yang masih memiliki identiti tersendiri. Antaranya reka bentuk rumah, cara menghias rumah dan landskapnya.

Kepentingan Memelihara Warisan Negara

Tangga batu merupakan ciri-ciri utama, di samping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. Halaman rumah tradisional tersebut biasanya dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga.

Pengunjung berpeluang melihat kesemua deretan rumah tradisional yang tersusun dari segi bentuk bumbung, tangga dan hiasan dalaman. Ia seolah-olah membawa pengunjung kembali ke zaman kerajaan Melayu Melaka.

Kampung Morten mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong.

Menjejak Tapak Warisan Pelancongan Negara Di Terengganu

Mereka yang menaiki Melaka River Cruise, berpeluang menyusuri kira-kira empat kilometer di sungai berkenaan, tentunya terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung tersebut.

Sekali imbas jika melihat deretan rumah tradisional Melayu Melaka di kampung itu, tiada siapa menyangka terdapat sebuah rumah yang masih menyimpan khazanah Melayu Melaka yang berusia lebih setengah abad.

Villa Sentosa juga dikenali sebagaiThe Living Museum. Rumah itu diubahsuai menjadi muzium peribadi dan dirasmikan pembukaannya pada 11 Disember 1991. Villa Sentosa kini diuruskan oleh waris generasi itu, Abdul Rahim Hashim, 58.

Kesusasteraan,kebudayaan Dan Kesenian Melayu

Abdul Rahim berkata, Villa Sentosa memiliki reka bentuk rumah yang unik dan menghimpunkan pelbagai bahan sejarah seperti pakaian tradisional Melayu, alat muzik tradisional serta perabot antik.

Menurut Abdul Rahim, bilik berkenaan digunakan untuk majlis perkahwinan oleh waris keluarganya. Di ruang hadapan Villa Sentosa tergantung sebuah lakaran carta salasilah keluarga sembilan generasi itu.

Villa tersebut juga menyajikan himpunan piring hitam era 50-an, selain pameran senjata tradisional seperti tekpi yang berusia 100 tahun, pinggan mangkuk berusia 100 tahun dari China, England, Itali dan Perancis.

Budaya Di Johor

Persembahan ini diadakan sekali setiap bulan, kata Abdul Rahim. Beliau berkata, pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran dan anggota keluarganya juga bersedia memberi penerangan kepada pengunjung.

Lokasi

Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran, memadai dengan menderma untuk tabung keluarga ini bagi membantu kami membaiki dan menaik taraf Villa Sentosa, katanya.

Villa Sentosa dibuka kepada pengunjung pada setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang kecuali Jumaat dibuka pada pukul 2 hingga 6 petang. - Bernama

Kesenian Dalam Masyarakat Melayu Tradisi

MELAKA 26 Nov. - Selain tempat bersejarah di Banda Hilir yang menjadi destinasi mesti lawat bagi pelancong ke Melaka, rumah-rumah kampung tradisional Melayu yang indah dan unik di negeri ini juga merupakan produk pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Kebersihan dan keindahan rumah tradisional yang mempunyai landskap yang menarik menjadikannya tarikan kepada pelancong, khususnya bagi mereka yang cintakan keindahan seni bina Melayu lama.

Salah satunya yang lebih menyerlah adalah rumah tradisional Melayu Bukit Palah yang menjangkau usia 90 tahun, kini dihuni oleh pewaris yang terdiri daripada anak-anak pemilik asalnya, Hamid Sidek dan Hasnah Hasan.

Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah

Selain landskapnya yang menarik dan bersih, keunikan rumah tradisional Melayu Bukit Palah ini ialah kerana ia masih mengekalkan ciri-ciri seni bina rumah tradisional dengan atapnya yang tinggi dan bertangga batu.

Menurut salah seorang anak pasangan itu, A. Rahman Hamid, 55, biarpun masa telah berubah dan kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia, namun kesemua mereka sembilan beradik telah diberi amanat agar sentiasa memelihara nilai asli rumah pusaka mereka itu.

''Arwah bapa yang bersungguh-sungguh ingin menjadikan rumah ini sebagai rumah tradisional, anda boleh lihat sendiri, dia mengukir hampir semua bahagian rumah dengan corak asli Melayu pada tingkap dan bumbung rumah.

Senibina Islam Yang Indah Patut Anda Kunjungi!

''Ada yang selebihnya, kami usahakan bersama-sama adik-beradik lain demi mematuhi pesanan arwah bapa selepas dia meninggal beberapa tahun lalu, katanya kepadaUtusan Malaysiaketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, selain ukiran dan seni bina tradisional, rumah tersebut juga dihiasi dengan pelbagai barangan antik yang dikumpul oleh bapa mereka dan kini diwarisi oleh anak-anaknya yang lain.

''Bagi menambah koleksi barangan antik milik bapa, saya akan mencari ke merata-rata tempat untuk membeli barang antik semata-mata mahu meningkatkan keistimewaan rumah pusaka ini, katanya.

PENGARUH

Seni Bina Islam Terindah

Kata A. Rahman, bapanya mendapat idea

Show comments
Hide comments

Tiada ulasan