Kitaran penyejukan ini bukan hanya kitaran penyejukan bagi penghawa dingin sahaja malah ia adalah kitaran asas yang sama bagi peti ais di rumah kita.
Kitaran penyejukan menunjukkan pergerakkan gas bahan pendingin di dalam sistem penghawa dingin kita. Gas yang digunakan bagi sistem penghawa dingin terbaru ialah R410a yang lebih mesra alam.
Pemeteran Kereta Keperluan Dan Fungsinya title=Reka Bentuk Elektronik (Peranti Peranti) style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTCcKzuucf4Xoi6R22P0RwIDygyiKYwIYEfLbYcHytu8wpD9CIxxxKiLLaP2m3xpUxjV3Q&usqp=CAU'; />
Compressor (pemampat) akan memampatkan wap bahan pendingin bersuhu dan bertekanan rendah menjadi wap yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan dialirkan ke condensor (pemeluwap) melalui discharge line.
Pembekal Pengecas Kenderaan Elektrik, Pengeluar
Di condensor (pemeluwap), haba akan disingkirkan dan wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi tadi akan bertukar kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan seterusnya dialirkan ke metering device (peranti pemeteran) melalui liquid line.
TXV (Peranti pemeteran) akan mengawal pengaliran cecair bahan dinginyang bersuhu dan bertekanan tinggi sehingga menukarkannya kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan rendah dan dihantar ke evaporator (penyejat) melalui evap line.
Di Evaporator (penyejat) haba di dalam bilik akan diserap sehingga cecair wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan rendah berubah bentuk menjadi wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan rendah dan masuk ke compressor (pemampat) melalui suction line. Proses ini akan berlanjutan selagi unit penghawa dingin dihidupkan.
Apakah Tujuan Peranti Perlindungan Voltan Bawah?
Untuk unit penghawa dingin yang terkini dan menjimatkan tenaga, sistemnya mengawal compressor berkerja. sekiranya unit telah mencapai paras suhu seperti yang dikehendaki, maka sistem akan meminimumkan compressor bekerja. Oleh itu kita dinasihatkan untuk melaras suhu nominal antara 20 ~ 24 darjah celcius sahaja dan tips membeli air cond dipatuhi. Ini sekaligus boleh memanjangkan hayat pemampat.
Penyamanan udara yang lengkap melibatkan proses pemanasan, penyejukan, pelembapan, pengeringan, kitaran, dan pembersihan udara. Memandangkan Malaysia adalah sebuah Negara yang mengalami musim panas sepanjang tahun, maka pemprosesan pemanasan dan pengeringan tidak perlu dipertimbangkan. Penyamanan udara merupakan proses parawatan dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu (ruang tertutup). Rawatan yang dimaksudkan adalah dari segi mekanikal yang mana berkaitan dengan aktiviti pengawalan suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara dan permbaharuan udara.
Merupakan aplikasi bagi sistem penyejukan iaitu sebagai sebuah kawalan bagi sistem pergerakan udara, kadar kelembapan perubahan suhu dan kebersihan pada sebuah ruang yang tertentu.
Peranti Rangkaian Dan Fungsi
Asas pemampatan wap dibentuk untuk menyejuk persekitaran melalui pendedahannya kepada satu cecair didih yang sejuk.Ianya jugaMerupakan sistem yang diperlukan bagi menghasilkan suhu bagi sesuatu ruang.
Di peringkat awal teknologi penyamanan udara dicipta, satu eksperimen telah dilakukan terhadap kulit manusia iaitu dengan menitikkan setitis alkohol pada kulit. Kulit akan menjadi sejuk kerana alkohol termeluwap dan menyerap haba daripadanya. Seperti yang kita tahu, haba bergerak daripada suhu panas kepada suhu sejuk, maka suhu alkohol yang sejuk itu akan menyebabkan suhu badan manusia yang panas mengalir ke arahnya. Ini dinamakan keseimbangan terma dimana proses pengaliran haba antara dua objek. Sistem penyamanan udara ataupun sistem penyejukan telah menggunakan prinsip ini dalam memperkemaskan teknologinya.
Sekiranya alkohol diletakkan di dalam bilik, suhu udara di dalam bilik itu akan menjadi sejuk. Ini adalah kerana alkohol akan termeluwap dam menyerap haba di dalam bilik tersebut. Bagaimanapun alkohol akan berkurangan dan hilang melalui proses pemeluwapan. Suhu dalam bilik menjadi kurang sejuk kerana alkohol yang termeluwap itu tidak dibantu oleh kipas bagi mengedarkan suhu ke seluruh bilik. Alkohol yang termeluwap akan hilang dan alkohol di dalam bekas akan ke habisan. Sekiranya alkohol yang termeluwap dapat dikembalikan menjadi cecair dan proses penyejukan tidak dapat diteruskan. Walau bagaimanapun sekiranya alkohol digunakan, terdapat beberapa masalah yang akan timbul, antaranya ialah alkohol boleh menjadi punca kebakaran kerana ia merupakan bahan yang mudah terbakar dan berbahaya dan kawalan pemindahan haba bagi alkohol di dalam bilik adalah sukar.
Di Manakah Anda Akan Menemui Kimia Dalam Kereta Anda?
Untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul akibat daripada penggunaan alkohol, sejenis bahan yang selamat dan lebih berkesan dari penyejukannya telah di gunakan. Bahan kimia tersebut dinamakan diklorodifluorometana (dichlorodifluoromethane) atau R 12 dan monoklorodifluorometana (monochlorodifluomethane) atau R 22. Kedua- dua bahan pendingin ini adalah amat sesuai dan selamat di gunakan untuk menggantikan alkohol. Bahan pendingin ini juga boleh dimampatkan kepada tekanan yang lebih tinggi dan keupayaannya menyerap haba adalah lebih baik. Oleh sebab itu, bahan pendingin ini terus digunakan dalam teknologi penyamanan udara pada masa kini.
Bahan pendingin digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara sebagai penyerap haba di dalam penyejat dan menyingkirkan haba tersebut di dalam pemeluwap. Di dalam penyejat, bahan pendingin bertukar bentuk daripada cecair sejuk kepada gas sejuk dalam keadaan tekanan rendah. Di dalam pemeluwap pula, setelah haba disingkirkan, bahan pendingin akan bertukar bentuk daripada gas panas kepada cecair panas dalam keadaan tekanan tinggi.

Nama- nama lain bagi bahan pendingin adalah refrigerant, Freon, fron , genetron, isotron, dan neon. Nama- nama ini digunakan berdasarkan Negara- Negara yang menggunakannya.
Reka Bentuk Elektronik (peranti Peranti)
Bahan pendingin merupakan bahan yang mudah mendidih pada tekanan yang rendah. Oleh sebab itu, bahan ini dicipta supaya ia berfungsi semata- mata untuk menyerap haba. Takat didih bahan pendingin berbeza- beza antara satu jenis dengan jenis yang lain, oleh itu penggunaannya juga berbeza-beza antara satu sistem dengan sistem yang lain sama ada secara komersial ataupun domestik.
Terdapat beribu-ribu jenis bahan pendingin yang dicipta dan digunakan dalam proses penyejukan dan penyamanan udara. Pada kebiasaannya symbol R digunakan bagi menunjukkan jenis bahan pendingin yang terdapat di seluruh dunia. Jenis bahan pendingin dinyatakan dengan nombor disamping simbol tersebut
R 717 Ammonia NH3 R 718 Air H2O R 744 Karbon dioksida CO2 R 764 Sulfur dioksida SO2 Terdapat 3 kumpulan bahan pendingin:-
Menservis Penyaman Udara
5. Kitar ujian dilengkapkan dengan menyambungkan tiub dari penyejat masuk ke tangki bahan pendingin tetapi haba yang diserap tidak dapat dibuang dan dimasukkan semula ke dalam tangki bahan pendingin.
7. Pemeluwap diletakkan untuk melengkapkan kitar ujian ini sebagai asas dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara. Kipas yang diletakkan pada kedua-dua penyejat dan pemeluwap berfungsi untuk proses penyerapan dan penyingkiran haba.

O Satu komponen dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara yang digunakan untuk proses penyerapan haba dan menghasilkan kesejukan pada ruang atau bilik. Terdapat nama-nama lain bagi penyejat iaitu gelung penyejuk, unit penyejuk, gelung pembeku dan penyejuk cecair.
Asas Penyamanan Udara: Jun 2014
O Pemeluwap merupakan komponen pembuangan haba yang diserap di dalam penyejat dan dimampatkan di dalam pemampat. Haba disingkirkan ke dalam satu medium di luar system penyejukan atau penyamanan udara. Dengan penyingkiran haba, wap bahan pendingin, wap bahan pendingin yang panas akan bertukar kepada cecair panas.
O Komponen ini digunakan untuk mengawal kadar aliran bahan pendingin dalam kitar penyejukan. Bahan pendingin dalam keadaan cecair bertekanan tinggi perlu dikurangkan tekanannya agar kuantiti sebenar operasi pada takat maksimum keupayaan sistem dapat dicapai tanpa beban berlebihan di dalam pemampat.Sistem penyamanan udara kenderaan merupakan satu keperluan kepada pengguna. Bolah dikatakan semua kenderaan samaada domestik atau komersial akan dipasang dengan sistem penyaman udara.
Tujuan penyaman udara untuk mengekalkan suasana selesa dalam kehidupan manusia. Mengikut sejarah, penyamanan udara bermula lebih dari 12 ribu tahun dahulu. Penyamanan udara kenderaan yang pertama ialah pada tahun 1927. Kebanyakan kenderaan pada masa itu hanya dipasang sistem pemanas, pengagih udara dan penapis angin bersama motor kipas sahaja. Sehinggalah pada tahun 1940, heater and defrosters standard equipment dipasang pada kereta. Sistem penyaman udara kenderaan yang moden dan lengkap telah diperkenalkan oleh syarikat cadillac.
Kabel Fiber Optik: Simak Penjelasan, Jenis, Dan Tipenya
Tahun-tahun seterusnya mula perlabagai syarikat mencipta dan memasang sistem penyaman udara kenderaan tidak hanya terhad pada kenderaan domestik tetapi telah berkembang pada kenderaan komersial, dan perkapalan. Maka bermulalah era yang bukan lagi sebagai barang mewah tetapi satu keperluan pada pengguna. Dengan ini penyamanan udara menjadi satu sumber pendapatan yang sentiasa memperbaharui ciptaan dan keluaran.
Terdapat dua jenis injap yang dipasang kepada valve plate. Injap sedutan dipasang dibawah permukaan valve plat. Injap luahan pula dipasang diatas permukaan valve plate.
Apabila omboh berada di bawah, valve reed bahagian luaran akan terutup. Ini disebabkan tarikan omboh dan tekanan dan saluran luahan yang melebihi tekanan dalam silinder. Valve reed bahagian sedutan akan terbuka dan membolehkan bahan pendingin disedut masuk ke dalamm silinder sebelum omboh memampatkan bahan pendingin ke dalam saluran luahan.
Bagaimana Untuk Mencapai Reka Bentuk Dan Susun Atur Kos Rendah Pcb?
Apabila omboh naik ke atas, bahan pendingin dalam silinder akan dipaksa keluar melalui valve reed yang terbuka kesaluran luahan. Dimasa yang sama valve reed saluran sedutan akan tertutup oleh tekanan tinggi bahan pendingin yang wujud oleh tekanan omboh.
Pemampat jenis reciprocating biasanya menggunakan cara simbahan dimana rod rangkai menyimbahkan minyak kebahagian pemampat. Tapi ada juga yang menggunakan pam untuk minyak keseluruh bahagian dalam pemampat. Minyak ini disalurkan melalui lubang pada shaft, dan dihantar melaui lubang rod rangkai untuk melincinkan bahagian rod rangkai, pin silinder dan permukaan dalam silinder, seterusnya minyak ini akan kembali semula ke bahagian bawah pemampat.
Terdapat beberapa omboh berpasangan yang dipasang pada swash plate. Kedudukan swash plate bersudut 720 untuk 10 silinder (10 omboh) dan swash plate bersudut 1200 untuk 6 silinder ( 6 omboh ). Apabila satu omboh dalam lejang mampatan maka yang lain akan berada pada lejang sedutan
E01 Sem1 Is
Pemampat jenis rotary menggunakan “through vane” untuk mampatan. Pemampat jenis ini mempunyai isipadu mampatan yang lebih tinggi walaupun unitnya kecil.kehilangan geseran yang sedikit dibilah(vane) dan tahap kebisingan yang lebih rendah.
Terdapat dua bilah yang setiap satu dipasang dalam kedudukan sudut 900 diantara satu sama lain dalam rotor. Setiap bilah akan membentuk ruangan yang berbeza didalam silinder. Ketika rotor berputar, bilah akn berubah kedudukan dalam arah membulat ketika bahagian hujungnya menggelungsur disekitar permukaan silinder.

Ketika rotor berpusing, isipadu ruangan terjadi antara bilah dengan bilah yang lain. Andaikan semasa bilah satu berputar melepasi suction port, maka bahagian pendingin akan disedut dan berada diantara bilah satu dan bilah dua. Seterusnya ia berputar menuju ke discharge port untuk melepaskan bahan pendingin ke saluran luaran melaui valve stopper.
Pengenalan Fungsi Pemeluwap Kereta: Pengenalan
Selepas itu, ruangan antara bilah satu
Tiada ulasan