Adakah anda sedang mencari contoh penulisan karangan Bahasa Melayu? Sekiranya ya, di bawah dikongsikan contoh karangan peranan penting belia dalam membangunkan dan memajukan negara sebagai panduan semua. Rujukan tambahan daripada sumber atas talian dapat membantu pelajar mendedahkan diri terhadap kepelbagaian tema dan tajuk yang digunakan dalam soalan penulisan karangan.
Pembangunan dan kemajuan negara lazimnya dikaitkan dengan usaha dan inisiatif daripada pemimpin dan pentadbir negara. Sebaliknya, setiap peringkat umur dalam masyarakat mempunyai peranan masing-masing dalam menaikkan nama negara di persada dunia. Khususnya golongan belia yang bakal menjadi pengganti kepada ketua-ketua keluarga, organisasi mahupun pemimpin negara.
Generasi Muda Pemangkin Kedaulatan Negara Malaysia title=Kepentingan Menerapkan Semangat Cinta Akan Negara style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRfZLGBlULZG4BDsZLBfLBo2p_7e4rox-eO5Ty5ctAqs6ZTFc0jzWRWihfizuAvmaJL2fY&usqp=CAU'; />
Menurut kenyataan daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada tahun 2012, jumlah populasi manusia mencecah 7 billion dan hampir 50.5 peratus merupakan manusia yang berumur 30 tahun dan ke bawah. Statistik ini menunjukkan bahwa golongan belia seharusnya diberi ruang dan peluang dalam membangunkan dan memajukan negara. Mereka yang bakal menggantikan golongan pemimpin di setiap peringkat sama ada keluarga, masyarakat, organisasi mahupun negara seharusnya dibentuk dengan elemen kepimpinan yang terbaik. Namun begitu, golongan remaja masa kini hanya sebahagian yang celik untuk menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan negara manakala sebahagian lagi leka dibuai keseronokan atau dibelenggu kemelut sosial. Satu anjakan paradigma harus dilaksanakan supaya yang patah tumbuh, yang hilang akan berganti. Justeru, wajar untuk kita bincangkan peranan penting belia dalam membangunkan dan memajukan negara untuk kemaslahatan bersama.
Rukun Negara Malaysia
Peranan utama yang harus digarap oleh golongan belia adalah menguasai ilmu pengetahuan. Pendidikan merupakan kunci kejayaan terhadap sesuatu perkara. Pemerkasaan pembelajaran bagi golongan belia wajar dimaksimakan sebaik mungkin supaya mereka didedahkan dengan pelbagai kemungkinan yang mampu menjadi pemangkin kejayaan diri atau negara pada masa akan datang. Dengan kemudahan teknologi hari ini, tiada alasan yang menjadi penghalang kepada golongan belia untuk mendapatkan sebarang ilmu dan pengetahuan. Orang-orang di sekeliling golongan belia seperti ibu, bapa dan guru wajar memberikan sokongan untuk mereka mempelajari bidang pendidikan yang mereka minati serta pendedahan terhadap pengetahuan am yang penting. Misalnya di sekolah guru-guru mengajar subjek sejarah kepada pelajar untuk bersikap patriotik kepada negara dan di rumah, ibu dan bapa merasionalkan pengajaran di sekolah dengan berkongsi realiti yang berlaku pada hari ini. Hasilnya, golongan belia yang mempunyai ilmu tentang perkara yang telah berlaku dan melihat realiti kehidupan masa kini, mereka pasti dapat menzahirkan sesuatu yang lebih berguna kepada diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat. Tambahan pula, tahap inteligensia masyarakat akan menjadi titik tolak terhadap imej negara di pandangan masyarakat dunia. Tegasnya, mempelajari dan menguasai ilmu pengetahuan oleh golongan belia dapat membantu negara kerana laut yang ditimba tak akan kering.
Di samping menguasai ilmu secara teori, golongan belia juga seharusnya mempelbagaikan kemahiran diri. Sebagai contoh, kemahiran memasak dan menjaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling kita. Kemahiran asas tersebut wajar dimiliki oleh golongan belia kerana ia merupakan fitrah sebagai seorang manusia di muka bumi ini untuk makan dan menjaga kebersihan. Selain itu, dari sudut pekerjaan mereka yang mempunyai ketrampilan yang menarik akan lebih menyerlah berbanding mereka yang mempunyai pencapaian akademik tetapi tiada kemahiran interpersonal. Oleh itu, golongan belia perlu sentiasa belajar untuk memperbaiki diri dari hari ke hari. Bak kata pepatah Melayu, belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam. Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, semangat tidak berputus asa dan konsisten dalam mempelajari sesuatu yang baharu hendaklah diamalkan oleh golongan belia. Sekiranya berlaku kejutan ekonomi seperti pandameik COVID-19 baru-baru ini, kemahiran-kemahiran diluar bidang pekerjaanlah yang akan digunakan untuk menampung diri dan keluarga. Golongan belia hari ini perlu menyiapkan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran dan ketidak tentuan pada masa hadapan. Usahasama pihak berkuasa dalam membentuk ekonomi dan masyarakat yang seimbang untuk semua golongan termasuk belia adalah mustahak supaya inisiatif golongan belia untuk membawa kemajuan kepada negara tidak dihalang atau dibantah mentah-mentah.
Dalam mengecapi wawasan masyarakat minda kelas pertama, golongan muda hendaklah memelihara kesihatan dari segala aspek sama ada fizikal, mental dan juga kerohanian. Dari segi fizikal, Malaysia pernah dikategorikan sebagai antara negara yang mempunyai kes obesiti tertinggi di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, data yang memalukan ini perlu diubah dan golongan belia mampu menjadi pemangkin kepada perubahan imej masyarakat negara yang lebih baik. Mengamalkan pemakanan yang seimbang bukanlah sesuatu yang sukar kerana bahan mentah seperti sayuran dan sumber protein adalah berpatutan untuk dibeli. Tambahan pula, infrastruktur sukan yang bertambah lengkap dari tahun ke tahun seharusnya dimanfaatkan oleh masyarakat serta dipermudahkan penggunaannya untuk orang awam. Golongan belia sepatutnya menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti riadah seperti bersukan dan bersenam dimana ia boleh menjadi medan utama untuk bersosial dan bukan di kelab-kelab hiburan pada waktu lewat malam. Bahkan, sukan merupakan ejen penyatuan masyarakat yang sangat mudah serta penting untuk perpaduan bangsa. Izharnya, remaja yang sihat secara fizikal dan juga mental dapat membentuk jati diri yang mapan kerana badan yang sihat, menjana otak yang cergas.

Mantap Kefahaman Rukun Negara
Peranan lain yang boleh diketengahkan terhadap golongan belia demi pembangunan dan kemajuan negara adalah dengan bersifat terbuka. Sifat yang dimaksudkan adalah terbuka menerima teguran dan pandangan orang lain. Seperti yang diamalkan oleh nenek dan moyang kita, sifat keterbukaan dalam menjalankan kehidupan bersama bangsa mahupun agama yang berlainan tidak merugikan malah memberi keuntungan antara satu sama lain. Hasilnya, kita dapat menikmati hidangan asli bangsa yang berlainan tetapi citarasa tempatan dan hidup secara muhibbah. Begitu juga dengan pembinaan negara dan bangsa pada hari ini, retorik perkauman haruslah dirai bukannya dimusuhi dan menjadi bahan politik semata-mata. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang ketinggalan daripada kemajuan yang dicapai oleh negara asing. Ini merupakan antara sebab sekolah kebangsaan dilaksanakan sejak peringkat rendah supaya ahli masyarakat dapat bersatu padu dan bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama mempelajri erti toleransi dan hormat-menghormati. Pepatah ada berkata, rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain. Perumpamaan ini menunjukkan hati kita mungkin berlainan tetapi jika dipupuk dengan sifat kecintaan, pasti kita dapat menjadi manusia yang manusiawi.
Kesimpulannya, golongan belia sebenarnya memainkan peranan yang sangat signifkan terhadap pembangunan negara serta kemajuan negara. Kedaulatan dan martabat nusa bangsa yang telah dicapai sejak kemerdekaan perlu dipelihara dan dipastikan kelangsungannya agar tanah air yang dicintai tidak dijajah dan dilupakan sejarah disebaliknya. Setiap pihak perlu membuang ego dan kepentingan diri apabila agenda negara menjadi aspek yang dibincangkan kerana lain dahulu, lain sekarang. Setiap di antara kita mempunyai keperibadian yang berbeza dan matlamat yang berlainan. Jika ia dibiarkan untuk bermusuhan antara satu sama lain pasti rugi yang akan menimpa. Tetapi, jika setiap perbezaan dirai dan dirasionalkan dengan hujah dan fakta yang sahih pasti persefahaman yang utuh dapat dihasilkan. Mulai hari ini, golongan belia perlu berazam untuk melaksakan peranan seperti yang dibincangkan di atas demi kemakmuran negara yang progesif. Bak kata Mantan Presiden Indonesia, “Beri aku 1.000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda nescaya akan kuguncangkan dunia.”
Related : harapan bangsa kepimpinan negara sesebuah negara politik ekonomi aktif dalam aktiviti untuk menjadi cita cita diperlukan untuk masa depan negara salah satu nilai nilai gejala yang tidak sihatAntara mata pelajaran yang perlu diambil berat oleh pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan adalah Bahasa Melayu. Subjek teras ini lazimnya memberikan pelajar ujian dalam bentuk objektif dan juga subjektif bagi menentukan tahap penguasaan pelajar. Oleh itu, berikut dikongsikan contoh karangan kepentingan menerapkan semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia untuk rujukan semua.
Merakyatkan Perlembagaan Tingkat Pemahaman Masyarakat
Karangan Bahasa Melayu yang bertemakan kenegaraan sering kali menjadi topik kelaziman di dalam peperiksaan. Sebagai pelajar yang bijak, anda boleh memasukkan contoh-contoh daripada mata pelajaran sejarah sebagai penyokong isu yang ingin diutarakan. Selain itu, anda juga digalakkan untuk memberikan idea-idea yang bernas supaya penulisan karangan anda menjadi lebih menarik serta didukung oleh fakta-fakta yang tepat.
Sejak negara kita menikmati arus kemerdekaan daripada penjajahan asing, pelbagai kemajuan yang telah dikecapi. Siapa sangka, negara yang terdiri daripada berbilang kaum mampu untuk mencapai kemerdekaan dan seterusnya melangkah maju ke hadapan bersaing dengan negara membangun yang lain. Namun begitu, kita acapkali tersentak dengan pelbagai permasalahan yang dicetuskan oleh masyarakat kita sendiri yang mempu mengganggu gugat kemakmuran negara kita. Oleh itu, sebagai warganegara yang cinta akan tanah air, kita seharusnya menyemai sifat patriotisme di dalam setiap peringkat umur masyarakat agar kemerdekaan yang dicapai tidak disia-siakan. Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain. Walaupun kita berbeza dari pelbagai sudut, dengan sifat toleransi dan keterbukaan, kita mampu menjadi negara yang bersatu padu dalam mencapai kemajuan sejagat. Mari kita bincangkan kepentingan menerapkan semangat cinta akan negara kepada nusa bangsa.
Umum mengetahui, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Orang Asli dan pelbagai lagi golongan bumiputera yang berada di Sabah dan Sarawak. Pada tanggal 16 September 1963, Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman menjadi bukti penyatuan rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama ini. Justeru itu, dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan negara, semangat cinta akan negara mampu menjadi penyumbang perpaduan antara masyarakat tempatan. Dengan iltizam dan semangat yang dikongsi bersama iaitu memajukan negara dan memartabatkan masyarakat di persada anatarabangsa, ia dapat melahirkan sebuah negara yang berwibawa. Persis kata mutiara, bersatu teguh, bercerai roboh. Anggota masyarakat pada hari ini seharusnya bersikap inteligensia dan terbuka dalam meraikan perbezaan serta mencari kesatuan dalam setiap situasi yang dihadapi oleh kita. Janganlah kita bersikap seperti gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah. Nescaya perjuangan yang memecah-belahkan perpaduan akan merugikan kita.

Peranan Seorang Belia Dalam Pembangunan Negara
Di samping itu, semangat cinta akan negara juga dapat membentuk masyarakat yang

Tiada ulasan