Setia Hujung Nyawa merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2012 arahan Amie Maziah Abdul Rahman terbitan Suhan Movies & Trading, diadaptasi dari novel 2011 dengan tajuk sama karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Dibintangi oleh Nelydia Senrose sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi.
Mengisahkan kehidupan Zain (Amar Asyraf) yang berubah dalam sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci masyarakat, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina (Nelydia Senrose) yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Watak Dalam Drama Popular title=A New Beginning...: Setia Hujung Nyawa style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRAuWUhcap7g1xL-xQY9vzfMALcuywL91iuJfXxMkmKPtHpSTpXEgIoGIMXKk6WA0fQC8E&usqp=CAU'; />
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Setia Hujung Nyawa By Fatin Nabila
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi percintaan Zain dan Ersalina?
Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa Raya
Setia Hujung Nyawa mencipta rekod tersendiri dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta penonton semasa episod akhirnya disiarkan pada 8 Februari 2013 dan mencatat 58 peratus daripada jumlah tontonan keseluruhan di stesen televisyen di Malaysia.
Sebuah telefilem khas adaptasi drama ini, Setia Hujung Nyawa Raya memulakan tayangan perdana pada Hari Raya pertama. Amar dan Nelydia kembali menjayakan peranan mereka.
Setia Hujung Nyawa menerima pencalonan bagi kategori Anugerah Khas Juri di Anugerah Skrin 2013, namun gagal tercalon bagi kategori Drama Rantaian Terbaik.[dropcap]S[/dropcap]elepas drama siri slot Akasia, Setia Hujung Nyawa berjaya mencetuskan satu fenomena pada awal tahun lalu, pasti ramai yang merindui drama romantik lakonan Amar Asyraf dan Nelydia Senrose ini. Menjelang Hari Raya Aidilfitiri yang bakal diraikan pada 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434, TV3 akan mempersembahkan drama Setia Hujung Nyawa Raya khas buat peminat drama terbitan Suhan Movies ini.
Hingga Hujung Nyawa (2004)
[pullquote align=”right”]Hubungan Zain & El Kembali Teruji Dalam Setia Hujung Nyawa Raya bakal ditayangkan pada 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434 di TV3[/pullquote]
Telemovie yang diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Shah Iskandar (Syawal), Anzalna (Maisara), Ruminah Sidek (Nenek) dan Aedy Ashraf (Qarun).
SETIA HUJUNG NYAWA RAYA mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain. El yang kini sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas. Pantang Zain silap cakap sikit pasti El akan merajuk berjam-jam. Zain hanya mampu bersabar meskipun dia geram kerana dilayan seperti ‘bibik’.

Nelydia Senrose Pelakon Slot Akasia
Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur saja. Pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif. Zain mengajak El menonton drama Korea bersama-sama, belajar mengait melalui internet, membuat buku skrap artis pujaan El iaitu Lee Min Ho dan banyak lagi.
Selepas ibu bapa El dan Zain pergi mengerjakan Umrah, Zain dan isterinya membuat keputusan untuk pulang ke kampung Zain. Semasa berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisara muncul dalam kehidupan mereka. Zain sememangnya suka perangai Maisara yang gila-gila, kelakar dan nakal. El mula buat perangai dengan mengurung dirinya di dalam bilik.
Sementara itu, Syawal yang merupakan sepupu Maisara turut pulang ke kampung. Zain tidak suka dengan Syawal sejak dari kecil kerana Syawal sering dipuji dan itu membuatkan Zain cemburu dengan kelebihan Syawal. Tambahan pula, Syawal agak rapat dengan Maisara sejak kecil.
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
Ketika Maisara berdiri atas kerusi untuk memasang langsir, Zain dan Syawal berebut untuk membantunya. Di saat itu juga, nenek memanggil Syawal dan ketika itulah Maisara terjatuh. Zain segera menyambut Maisara dan disaksikan oleh El. El merajuk dan terus melarikan diri dari rumah tanpa seorang pun menyedarinya. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA RAYA pada malam pertama Raya, 7 Ogos 2013, jam 9.15 malam – 11.00 malam hanya di TV3! Penonton juga boleh layari Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Channel.Hari terakhir untuk aku setia menunggu TV3 demi sebuah drama yang telah diikuti dari awal. Berhantu juga cerita ini.. terpaksa aku luangkan masaku selama sejam untuk mengikuti liku-liku perjalanan hidupyang dihidangkan.
Sinopsis) Setia Hujung Nyawa Raya
Drama bersiri 24 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan membariskan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan Haliza), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen (Iqram).
Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA: Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Comey Ko Idok Awek Kelate Ni ?? Comey Photograph By Fatin Izzati
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
Gambar Pelakon Drama Bersiri Setia Hujung Nyawa
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Pelakon Drama Setia Hujung Nyawa, Zila Bakarin, Bea Rameshan, Nelydia Senrose, Chacha Maembong, Sura Sojangi, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Amar Ashraf & Hilal Azman
Tiada ulasan